Monday, August 22, 2016


TAJUK: Peranan Malaysia Sebagai Salah Satu Anggota Pertubuhan OIC

PROGRAM
: Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)

SESI: Jun 2016

JABATAN: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

PENSYARAH: Puan Yusidawati Binti Yusuf

AHLI KUMPULAN
  • Ahmad Haziq Bin Che Zulkipli (02DAD16F1011)
  • Muhammad Adlan Bin Bahagian (02DAD16F1137)
  • Nur Syazwan Bin Ahmad Shahrol Nizam (02DAD16F1001)
  • Muhammad Elyas Bin Muhd Zaidi (02DAD16F1009)
  • Muhammad Amiruddin Bin Md Shah (02DAD16F1008)
  • Muhammad Shahrul Nizam Bin Abu Bakar  (02DAD16F1081)
 

PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)




PENGENALAN

Organisation of Islamic Cooperation(OIC)

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.



OBJEKTIF


Objektif OIC adalah seperti berikut:
  • Memupuk perpaduan di kalangan negara anggota;
  • Menyelaras kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik dan pelbagai bidang lain yang dianggap penting serta mengatur perundingan di kalangan mereka dalam pertubuhan antarabangsa;
  • Berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk;
  • Mengambil langkah perlu bagi menyokong usaha kea rah melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan keadilan;
  • Meningkatkan perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka; dan
  • Mewujudkan suasana yang mendorong lahirnya kerjasama dan kesefahaman di kalangan negara anggota dan dengan negara lain.

SEJARAH DAN MATLAMAT
Matlamat utama OIC adalah "untuk menggalakkan keeratan antara ahli negara-negara Islam; bagi menyelaras kerjasama antara negara ahli dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik, dan bidang-bidang lain; bagi berusaha untuk menghapuskan perbezaan rasial dan diskriminasi dan menentang kolonial dalam semua bentuk; dan, untuk menyokong semua Muslim dalam usaha mereka mempertahankan maruah, kebebasan dan hak negara, membina jambatan antara jurang perbezaan budaya dunia dll".
Organisasi ini ditubuhkan di Rabat,Mangribi pada 25 September 1969 dengan persidangan pertamanya berlangsung di Rabat pada 22 September hingga 25 September.
Persidangan yang kesepuluh diadakan pada 16 dan 17 Oktober 2003 di PICC, Putrajaya yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kini Malaysia adalah Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-HajPerdana Menteri Malaysia yang pertama pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama.
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lahir pada 12 Rejab 1389 Hijrah apabila pemimpin dunia bersidang buat pertama kalinya di Rabat, Maghribi bagi membincangkan strategi ummah berikut pembakaran Masjidil Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang menjadi kiblat pertama umat Islam. Mesyuarat persediaan di Rabat pada 8 dan 9 September dihadiri tujuh negara termasuk Malaysia bersetuju mencadangkan kepada Ketua negara dan kerajaan Islam supaya mengadakan sidang kemuncak Islam di Rabat. Jemputan dihantar kepada 25 negara itu yang dianjur oleh Raja Hassan II Maghribi, dan Malaysia diwakili oleh perdana menteri masa itu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sidang kemuncak berikutnya diadakan:-


  • Lahore, Pakistan (1972)
  • Makkah/Taif, Arab Saudi (1981)
  • Casablanca, Maghribi (1984)
  • Dakar, Senegal (1991)
  • Casablanca, Maghribi (1994)
  • Teheran, Iran (1997)
  • Doha, Qatar (2000)
  • Putrajaya, Malaysia (2003)


Setiausaha Agung OIC

  1. Al-Marhum Tunku Abdul Rahman ( Malaysia 1971-1973)
  2. Hassan Al-Touhami (750px-Flag of Egypt.svg.png Mesir 1974-1975)
  3. Dr Amadou Karim Gaye (Bendera Senegal Senegal 1975-1979)
  4. Habib Chatty (800px-Flag of Turkey.svg-1-.png Turki 1979-1984)
  5. Syed Sharifuddin Pirzada (Flag of Pakistan (bordered).svg Pakistan, 1985-1988)
  6. Dr Hamid Algabid ( Niger, 1989-1996)
  7. Dr Azeddine Laraki ( Maghribi, 1997-2000)
  8. Dr Abdelouahed Belkeziz ( Maghribi, 2001-2004)
  9. Prof Dr Ekmeleddin Ihsanoglu (800px-Flag of Turkey.svg-1-.png Turki, 2005-)



Negara AnggotaMenyertaiNota
 Afghanistan, Republik Islam1969Digantung 1980 - Mac 1989
 Algeria, Republik Demokratik Rakyat1969
 Chad, Republik1969
750px-Flag of Egypt.svg.png Mesir, Republik Arab1969Digantung Mei 1979 - Mac 1984
 Guinea, Republik1969
 Indonesia, Republik1969
Bendera Iran Iran, Republik Islam1969
Bendera Jordan Jordan, Hashemite Kingdom of1969
 Kuwait, State of1969
 Lubnan, Republik1969
 Libya, Socialist People's Libyan Arab Jamahiriya1969
 Malaysia1969
 Mali, Republic of1969
 Mauritania, Republik Islam1969
 Maghribi, Kingdom of1969
 Niger, Republik1969
Flag of Pakistan (bordered).svg Pakistan, Republik Demokratik Persekutuan(Republik Islam)1969
 Palestine1969
 Arab Saudi, Kingdom of1969
Bendera Senegal Senegal, Republik1969
 Sudan, Republik1969
 Somalia1969
 Tunisia, Republik1969
800px-Flag of Turkey.svg-1-.png Turki, Republik1969
Republik Arab Yaman Republik Arab Yaman1969Dari 1990 sebagai Republik Yamanbergabung dengan Republik Demokratik Rakyat Yaman
 Bahrain, State of1970Dari 2003 sebgai Kerajaan Bahrain
 Oman, Kesultanan1970
Bendera Qatar Qatar, State of1970
 Syria Republik Arab1970
 United Arab Emirates1970
 Sierra Leone, Republik1972
 Bangladesh, Republik Rakyat1974
 Gabon, Republik1974
 Gambia, Republik1974
 Guinea-Bissau, Republik1974
 Uganda, Republik1974
 Burkina Faso1975
 Cameroon, Republik1975
 Comoros, Kesatuan (dulu Republik Persekutuan Islam)1976
800px-Flag of Iraq.svg.png Iraq, Republik1976
 Maldives, Republik1976
Bendera Djibouti Djibouti, Republik1978
 Benin, Republik1982
 Brunei Darussalam, Sultanate of1984
 Nigeria, Republik Persekutuan1986
 Azerbaijan, Republik1991
 Albania, Republik1992
 Kyrgyzstan, Republik1992
 Tajikistan, Republik1992
 Turkmenistan, Republik1992
 Mozambique, Republik1994
Bendera Kazakhstan Kazakhstan, Republik1995
Bendera Uzbekistan Uzbekistan, Republik1995
 Suriname, Republik1996
 Togo, Republik1997
 Guyana, Republik1998
Flag of Côte d'Ivoire.svg Ivory Coast, Republik2001




PERANAN MALAYSIA SEBAGAI ANGGOTA OIC

Malaysia merupakan pengurusi OIC yang terus berusaha membawa kemajuan dan memperkenalkan insiatif dalam pelbagai usaha untuk beri nafas baru pada OIC. Malaysia komited memupuk perpaduan dan meningkatkan kerjasama antara negara-negara anggota ; ekonomi, perdagangan, pendidikan, kebudayaan. Idea dan insiatif diambil Malaysia adalah untuk membangun dan memajukan umat Islam dunia termasuk minoriti Islam di negara bukan Islam. 


-STANDARD HALAL ANTARABANGSA

*Malaysia antara negara peneraju industri halal
*Berkongsi kepakaran dalam industri  
 makanan halal dengan negara-negara OIC.
*Kepakaran Malaysia dalam membangunkan standard dan sijil kelayakan halal dijadikan  penananda aras.
*Membangunkan Standard Halal Antarabangsa oleh Pakatan Halal Antarabangsa. 



-FORUM EKONMI ISLAM SEDUNIA (WIEF)

*Mengumpulkan tokoh-tokoh ekonmi, intelektual dan pemimpin ternama dari dunia Islam  dan Barat. 
*Tujuannya mewujudkan platform bagi membincang dan menerapkan idea untuk  membangunkan ekonomi ummah.



-ORGANISASI ZAKAT ANTARABANGSA

*Persidangan pertama di Kuala Lumpur pada November 2006. 
*Membentuk kesepakatan bahawa kerjasama erat diperlukan bagi mengkaji aplikasi zakat  sebagai sumber kewangan kepada Organisasi Zakat Antarabangsa. 



-PASUKAN TINDAK BALAS KECEMASAN KOMPUTER (OIC-CERT)

*Malaysia dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Petugas OIC-CERT iaitu satu pasukan  bertindak untuk keselamatan teknologi maklumat (ICT) negara-negara anggota OIC pada  Jun 2006



-PROGRAM BINA UPAYA BAGI NEGARA ANGGOTA (CAPACITY BUILDING PROGRAM)

*Dilancarkan pada 29 MAc 2005 di Kuala Lumpur oleh PM Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah  Bin Ahmad Badawi.
*Bertujuan mengurangkan kemiskinan dan mengukuhkan pembangunan ekonmi, terutama  bagi negara anggota yang mudur.
*Kaedanya ialah dengan meningkatkan pembinaan keupayaan dalam bidang pembangunan  sumber manusia, institusi, kemahiran pengurusan dan pembangunan prasarana di negara-  negara berkenaan. 



-PROGRAM JAMINAN KUALITI DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) 

*Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan bantu negara-negara OIC bagi membangunkan program ini agar IPT mereka boleh bersaing di dalam dan di luar negara.





SUMBAGAN OIC KEPADA MALAYSIA 

Menganjurkan Perkhemahan Belia Islam pada peringkat antarabangsa bagi membentukan rohani dan jasmani pendidikan Islam. Misalnya, Perkhemahan Belia Islam di Arab Saudi (1978), di Malaysia, Brazil, Syria dan Turki (1981).





PENGHARGAAN
  
Alhamdullilah , bersyukur ke hadrat ilahi  kerana dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
            Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah kami ,Puan Yusidawati Binti Yusuf kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
            Kami juga ingin mengucapkan terima kasih juga yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami Berjaya menghabiskan tugasan ini.
            Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan bantuan terhadapan kami.
            Akhir kata, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.

Sekian.

No comments:

Post a Comment